Sebelum tiba waktunya untuk halal bersama si dia, tahanlah hati.. Tahanlah perasaan..
Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hati tentang cinta & rindu, tentang doa & harapan padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya disatukan, maka serahkanlah segala isi hati itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba..
Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu.













