Thursday, November 25, 2010

ABANG

Kekasih cinta ku...
terhadap mu semakin subur, mekar dan mewangi 
di taman asmara ini...
Setiap hari yang berlalu 
menjanjikan kematangan kepada cinta kita

Aku sememangnya ditakdirkan untuk mu
dan kau 
ditakdirkan untuk ku...
Peganglah janji cinta kita 
bahawa kita akan kekal bersama 
sehingga maut memisahkan...
Mari kita buktikan kepada dunia 
cinta kita bukan ilusi...
Cinta kita nyata dan abadi...

Abang,
madah-madah cinta mu 
menjadi pengikat cinta kita...
Madah-madah cinta mu 
sentiasa bermain di fikiran ku...
menjadi teman setia dikala sunyi 
menjadi pengubat rindu dikala berjauhan

Cinta mu 
mungkin bukan yang pertama bagi ku 
tapi 
aku berharap semoga cinta ini
adalah yang terakhir 
kerana 
aku tidak mahu berpisah dengan mu 
abang… 
Aku sudah begitu memuja mu…
Aku sudah terlalu cinta kepada mu…



...kau yang ku cintai...
~Muhammad Turmuzi~