Sunday, November 27, 2011

MeRinDuKaN mu...

Kasih…
Bila malam melabuhkan tirainya
hatiku menjadi sayu
Rindu terhadap mu semakin terasa
Terasa kehangatan airmata menitis dipipi 
bila kerinduan semakin tidak terbendung

Kekasih…
Hanya bulan pengubat rindu ini
Seperti yang pernah aku katakan kepada mu  
bilamana kau merindui ku 
pandang lah bulan dan seru la nama ku...
 Kerana 
ketika kau merenung bulan disana 
aku juga sedang merenung bulan disini
Bila sang bulan menunjukkan dirinya
ketahuilah kasih ketika itu rinduku pada mu sedang memuncak
Ingin aku menjatuhkan diri dalam dakapan mu
Pastinya hangat sekali.

Kasih 
bila bulan tidak hadir di langit sana 
bukan bermakna aku tak rindu kepada mu
Tetapi...
mungkin bulan terlalu cemburu 
melihat betapa aku mencintai dan merindui dirimu...

Kasih… 
aku rindu pada mu…
adakah kau mendengarnya...
adakah kau mengetahuinya...
betapa besarnya rinduku padamu hari ini...
aku terlalu merinduimu...


Thursday, November 10, 2011

biaRkan HATI berbicara

Sedang hati berbicara... hanya jemari yg mnari.. Pernahkah..engkau hargai cintaku yg sejati..? Pernahkah..engkau mengerti perasaan hatiku..? Cubalah hatimu dekati hatiku...
Disana engkau akan tahu...betapa HATI ini.. Ikhlas menyayangimu... kdg2...biarlah hati yg ukir dlm jiwa itu..
Maafkanlah ak... kau xmgkin ak lupa kan.. Telah ku coretkan kenanganmu dlm SANUBARI ku ini...
Dan mnjdi kngan yg trindah d dlm hidup ku.. Selamanya.... cinta dan prasaan xdpt d pisah kan..
Andainya dpt ku petik gitar.. akn ku p'smbahkan sbuah irama utk mu... andai ny ku seorg puitis.. akn ku karang kn sbuah puisi untk mu jua.. Namun, perlukah e2 smua ak lakukan ?? Hnya smata mta utk mmbuktikan
CINTA ku pda mu... biar lah ia mnjdi satu HATI yg kni sudah terpatri.....


sdg mncbe mngarang ayat puitis2...ececey...ntah pape da jdi ng ayt 2... skian^^.

Wednesday, November 9, 2011

HATI WANITA PADA SESEORANG


Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam senyap.. Menangis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji xkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata2mu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskanmu hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya.. Apabila perempuan kata dia rindu kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jgan percaya kata2nya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.. Kerana kamulah dunianya selamanya..

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.. Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya..

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional.. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu..

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.. Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.. sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.. Akan mengambil masa yang lama untuk pulih..