Saturday, July 30, 2011

~DIAM adalah yang terbaik?? ~

DIAM..

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen.
Terkadang kita han...ya perlu DIAM dalam menegur.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan.

Tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya.
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya.
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya.
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya.

Kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir.
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka.
DIAM kita mungkin disilap diterjemah.
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud.

Jesteru..

Jika kita merasakan DIAM itu terbaik.
Seharusnya kita DIAM.
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.
Berkatalah sehingga mereka DIAM.

Wednesday, July 6, 2011

~Sudikah Dikau Menjadi Imam Setiap Solatku~

Satu ketika kau bertanya..♥

"..Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..?

agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..

sudikah kau menjadi penjaga diriku dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia?..

sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya...

sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..

sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari nnti?

jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..

sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agama islam ini agar aku terus berada di atas jalan yang benar

sudikah kau menjadi Penggerak semangatku agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman.

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku,mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu tanpa rasa ragu..

Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang..."



Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"



Tetapi,aku kembalikan soalan ini kepadamu..

"..sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU jika aku sudah tidak seperti dulu..?

Sudikah kau pula menjadi Imam,Penjaga,Pendidik Pemerhati,Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu..?

Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,menemanimu memerhatikanmu,mendidikmu membelamu,menggerakkanmu, menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu ..

Sudikah kamu wahai .....................?



Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah