Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka
kerana kehilangan kekasih hati
maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar
melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak
sementara sahaja
dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda
malah berganda-ganda lagi selepas itu…
kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain
tetapi bukan hati kita sendiri.
Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi
teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu..
Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang
walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita...
Tetapi betapa bencinya hati
apabila seseorang begitu mencintai kita
tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun
Fikirlah…
perasaanya sama seperti perasaan kita…
ingin mencintai walaupun tidak dicintai...
Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan
CINTA adalah ibarat air...
Kita sangat memerlukannya di dalam hidup
namun jika ia ibarat air di lautan
ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita,
jika ia ibarat air di kutub utara-selatan
maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita,
jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang
maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara,
jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah,
jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru
maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya...
Maka jenis air manakah yang kita inginkan…
Carilah mata air yang suci lagi murni…
walaupun keluar sedikit demi sedikit
tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita
dengan sekali teguk sahaja.
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang
kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya
tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya...













